A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Kementerian batal pendaftaran tiga...

Kementerian batal pendaftaran tiga produk ubat tradisional

Utusan Malaysia

Jumaat, 24/06/2011

Kementerian batal pendaftaran tiga produk ubat tradisional

KUALA LUMPUR 23 Jun – Tiga produk ubat tradisional dibatalkan pendaftarannya setelah dikesan mengandungi bahan campuran palsu yang tidak dibenarkan.

Produk tersebut adalah Mistura Zhike keluaran Guangzhou Pangaoshou Pharmaceutical Co. Ltd kerana mengandungi Ephedrine dan pseudoephedrine serta Chi Kat Pills keluaran Nature Pack Enterprise kerana mengandungi Ephederine.

Satu lagi produk adalah Herbaios-Zuekertec Capsule keluaran Sinar Aman Pharmaceutical (M) Sdn. Bhd. Yang disahkan mengandungi Glibenclamide dan Metformin.

Pegawai Unit komunikasi Korporat Kementerian Kesihatan, Nur Shakinah Ab. Karem dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pendaftaran produk-produk berkenaan dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dalam mesyuaratnya pada 26 Mei lepas berikutan pengesanan bahan racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam ubat tradisional.

Ephderine adalah bahan organik yang boleh membawa kesan yang serius sehingga boleh menyebabkan strok jika digunakan secara berlarutan. Metformin pula menyebabkan penurunan mendadak paras gula dalam darah dan jika tidak dikawal boleh menyebabkan sawan,” jelasnya.

Katanya, orang awam yang menggunakan ubat tradisional itu diminta menghentikan penggunaannya serta-merta manakala mereka yang mempunyai stok produk berkenaan dinasihatkan menghentikan penjualan dan pengedarannya.
  {module berita:news}

Artikel Berkaitan

Tangani Kemarahan

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/video/mental/MENANGANI-KEMARAHAN/MENANGANI-KEMARAHAN.flv[/flv] Download:   Transkipsi V/O Marah adalah sejenis emosi semulajadi.

Ilustrasi

Acupunture Point (TCM) Acupunture Point (TCM) Anatomi Mulut Apendiks  

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,184

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia