A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Left Panel MS
  4. /
  5. Soalan Lazim MS
  6. /
  7. Pembiakan dan Perkumuhan –...

Pembiakan dan Perkumuhan – FAQ

  1. Apakah Peptic Ulcer?
  • Peptic Ulcer berlaku apabila terdapat luka di bahagian dinding perut dan bahagian permulaan usus kecil dikenali sebagai duodenum.

 

  1. Bagaimanakah seseorang boleh mendapat peptic ulcer?
  • Salah satu penyebab ulser peptik adalah jangkitan kuman Helicobacter pyloriyang menghakis dinding perut dan menyebabkan luka
  • Selain itu peptic ulcer boleh disebabkan oleh ubat seperti ubat penahan kesakitan dan ubat mencairkan darah bagi pesakit jantung seperti aspirin. Tetapi bukan semua ubat penahan sakit akan menyebabkan peptic ulcer.
  • Peptic ulcer juga boleh disebabkan oleh sindrom Zollinger-Ellison di mana berlaku perembesan asid di dalam perut secara berlebihan dan menyebabkan dinding usus mudah terhakis.

 

  1. Bagaimanakah peptic ulcer itu terbentuk?
  • Perut manusia mengeluarkan sejenis asid dikenali sebagai asid hidroklorik yang mampu menyebabkan hakisan pada dinding perut. Tetapi, dinding perut mempunyai lapisan mukosa yang mampu menghalang daripada hakisan ini berlaku dalam keadaan biasa. Apabila berlaku gangguan terhadap lapisan mukosa ini akibat daripada dinding mukosa menjadi tipis ataupun berlaku perembesan asid secara berlebihan, ulser peptik boleh terbentuk.

 

  1. Apakah tanda dan gejala peptic ulcer?
  • Pedih atau sakit di kawasan ulu hati
  • Kembung perut
  • Loya

Jika berlaku pendarahan :

  • Muntah/Muntah berdarah
  • Najis berwarna hitam

 

  1. Apakah komplikasi peptic ulcer?
  • Pesakit akan mengalami pendarahan dalaman yang boleh menjadi sangat serius dan memerlukan pemeriksaan endoskopik untuk merawatnya. Jika pendarahan tidak dapat dikawal secara endoskopik, pesakit perlu menjalani rawatan seperti pembedahan untuk menghentikan pendarahan.
  • Pesakit yang mengalami peptic ulcer yang kronik boleh mendedahkan mereka kepada risiko kanser perut di mana jangkitan Helicobacter pylori kerap menjadi penyebabnya.
  • Peptic ulcer yang berlaku secara berulang-ulang boleh menyebabkan pesakit mengalami penyempitan pada saluran pemakanan dan menyebabkan masalah penghadaman dan pesakit sering mengalami masalah muntah-muntah.
  • Selain itu peptic ulcer boleh menyebabkan kebocoran pada dinding perut dan duodenum. Ini boleh menyebabkan  pesakit mengalami kesakitan diseluruh bahagian abdomen dan mengakibatkan jangkitan kuman yang serius yang memerlukan rawatan kecemasan.
  1. Apakah jenis ubatan untuk merawat peptic ulcer?
  • Ubatan yang digunakan untuk merawat  masalah ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu :
  1. Ubatan untuk meneutralkan asid di dalam perut
  2. Ubatan untuk mengurangkan perembesan asid di dalam perut.
  3. Ubatan untuk melindungi permukaan mukosa dinding perut
  4. Ubatan untuk menghalang perembesan asid di dalam perut dan mengalakkan proses penyembuhan ulser
  5. Ubatan antibiotik untuk menghapuskan kuman Helicobacter pyloriyang merupakan punca utama ulser peptik
  • Ubatan di atas akan diberikan mengikut tahap keseriusan penyakit anda.

 

  1. Bagaimanakah langkah-langkah untuk mencegah peptic ulcer daripada berlaku?

Langkah pencegahannya adalah seperti berikut :

  • Pengambilan makanan yang betul dan amalan gaya hidup yang sihat.
  1. Elakkan makanan yang pedas dan berempah
  2. Elakkan makanan jeruk
  3. Hindari rokok
  4. Hindari alkohol
  5. Kurangkan minuman berkafein
  • Bagi pesakit yang perlu mengambil ubat penahan kesakitan bagi tempoh masa yang lama mereka boleh berbincang dengan doktor agar diberikan ubat penahan kesakitan yang tidak menyebabkan peptic ulcer. Ubat penahan kesakitan hendaklah apabila perlu sahaja dan  tidak mengambilnya semasa perut kosong.

 

  1. JANGKITAN SALURAN KENCING
  1. Apakah jangkitan salur kencing?

Jangkitan saluran kencing adalah penyakit yang sering terjadi di kalangan kanak-kanak dan dewasa terutama wanita. Jangkitan ini berlaku pada saluran urethra. Ia boleh merebak ke pundi kencing (bladder), ureter dan seterusnya pada buah pinggang (kidney).

jangkitan salur kencing

 

  1. Apakah penyebab jangkitan salur kencing?

Jangkitan salur kencing adalah disebabkan oleh kuman yang selalunya berasal dari kulit berhampiran dengan pembukaan saluran kencing ke luar badan (uretra)

 

  1. Siapakah golongan yang berisiko dijangkiti kuman di bahagian salur kencing?

Mereka yang berisiko mendapat jangkitan adalah :

  1. Kaum wanita lebih senang dijangkiti kerana mereka mempunyai saluran kencing ke luar badan (uretra) yang lebih pendek berbanding dengan kaum lelaki. Oleh itu, kuman boleh sampai ke pundi kencing dengan lebih mudah kerana jarak yang pendek.
  1. Kaum wanita yang lebih tua lebih mudah mendapat jangkitan kerana pengurangan paras hormon (estrogen) selepas putus haid boleh mengakibatkan penipisan dinding saluran kencing ke luar badan (uretra) dan melemahkan pertahanannya terhadap jangkitan.
  • Bagi kaum lelaki yang lebih tua, kelenjar prostat boleh membengkak (satu keadaan dikenali sebagai Pembengkakan Kelenjar Prostat Bukan Kanser) dan boleh menekan ke atas saluran kencing ke luar badan (uretra) dan mengganggu pengaliran air kencing. Kelenjar prostat mungkin juga boleh dijangkiti dan kuman boleh merebak dari kelenjar prostat ke saluran kencing.

 

  1. Apakah faktor perubatan yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat jangkitan salur kencing?
  1. Otot pundi kencing yang mengecut dengan lemah atau saraf yang mengawal pundi kencing rosak menyebabkan pengaliran air kencing dari pundi kencing mungkin menjadi tidak normal.
  1. Prosedur perubatan yang memerlukan tiub dimasukkan ke dalam saluran kencing boleh menambahkan risiko Jangkitan Saluran Kencing.
  • Kuman dari jangkitan di tempat lain pada badan seseorang boleh menjangkiti buah pinggang melalui darah mengakibatkan jangkitan buah pinggang.

 

  1. Apakah tanda dan gejala jangkitan salur kencing?
  • Sakit semasa kencing, kencing lebih kerap, terutamanya waktu malam (nocturia) dan berasa terdesak ke tandas semasa ingin kencing (urgency).
  • Pesakit tidak boleh mengawal air kencingnya.
  • Demam sekiranya jangkitan tersebut telah merebak ke bahagian atas saluran kencing atau merebak ke dalam darah.
  • Sakit di bahagian belakang, depan perut atau tepi badan sekiranyaberlaku jangkitan buah pinggang (pyelonephritis).
  • Jangkitan yang lebih serius boleh menyebabkan air kencing berbau busuk atau kelihatan keruh atau berdarah.
  • Kadang-kala, tiada sebarang gejala walaupun kuman berada di dalam pundi kencing. Ini dikenali sebagai asymptomatic bacteriuria.

 

  1. Bagaimanakah cara untuk mengesahkan jangkitan saluran kencing?
  1. Melalui tanda dan gejala jangkitan.
  1. Melalui ujian ke atas air kencing. Caranya ialah sampel air kecil diperolehi selepas kulit di sekeliling saluran kencing ke luar badan (uretra) dibersihkan, lalu air kencing yang pertengahan dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang bersih.
  • Melalui kertas ujian nitrites (sejenis bahan yang dikeluar oleh kuman) dan sel darah putih dalam air kencing.
  1. Melalui pemeriksaan di makmal yang bertujuan untuk mengesan kehadiran sel darah putih dan kuman yang telah merebak dari saluran kencing ke saluran darah (blood culture).
  1. Melalui ujian darah (Full blood count) untuk mengesan kehadiran bilangan sel darah putih yang banyak, jika doktor merasakan jangkitan telah merebak ke dalam darah.
  1. Warga emas dengan Jangkitan Saluran Kencing yang berulang mungkin memerlukan ujian tambahan seperti mengukur saki-baki air kencing di dalam pundi kencing selepas seseorang itu selesai kencing (residual urine).
  • Jangkitan Saluran Kencing yang berulang perlu dinilai dengan pemeriksaan ke atas struktur sistem saluran kencing dengan ujian tertentu seperti ultrasound scan.

 

  1. Apakah komplikasi jangkitan saluran kencing?
  1. Jangkitan kuman merebak sehingga ke buah pinggang
  1. Jangkitan kuman merebak sehingga ke dalam darah (sepsis), mengakibatkan komplikasi yang lebih teruk dan mungkin juga membawa kematian.

 

  1. Apakah rawatan untuk jangkitan saluran kencing?
  • Jika seseorang mempunyai Jangkitan Saluran Kencing tetapi tidak mempunyai sebarang gejala, rawatan biasanya tidak diperlukan.
  • Jangkitan Saluran Kencing yang mempunyai gejala akan dirawat dengan ubat antibiotik.
  • Antibiotik selalunya diberi melalui oral.
  • Jika jangkitan merebak ke buah pinggang, antibiotik selalunya diberi melalui jarum (intravena) yang dimasukkan terus ke dalam saluran darah.
  • Pesakit dengan Diabetes, sistem daya tahan badan yang lemah, atau sebarang gangguan yang boleh menyekat pengaliran air kencing mungkin memerlukan rawatan antibiotik yang berpanjangan untuk membunuh segala jangkitan.
  • Pembedahan atau prosedur lain mungkin perlu untuk melegakan sekatan fizikal ke atas pengaliran air kencing atau membetulkan struktur yang luar biasa di sistem saluran kencing.

 

  1. Kenapa Jangkitan Saluran Kencing boleh berulang?
  1. kuman tidak dibunuh sepenuhnya dari saluran kencing semasa rawatan.
  2. kegagalan mengambil antibiotik untuk tempoh yang betul
  • dos yang tidak mencukupi untuk membunuh semua kuman dari saluran kencing.
  1. Keadaan struktur saluran kencing yang tidak normal

 

  1. Bagaimanakah untuk mencegah keadaan ini berlaku?
  1. Mempertingkatkan kebersihan diri :
    1. Kerap menukar seluar dalam
    2. Membuang air kecil selepas bersama dengan pasangan
    3. Membersihkan kemaluan dari hadapan ke belakang
  1. Minum air yang banyak bagi menggalakkan pengeluaran air kencing
  • Bagi pesakit yang memerlukan tiub saluran kencing, tiub itu hendaklah digantikan secara berkala bagi mengelakkan jangkitan berlaku.
  1. Elakkan penggunaan pencuci alat sulit secara berlebihan.

 

  1. BATU KARANG
  1. Apakah Batu Karang?

Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal.

 

  1. Di manakah terbentuknya batu karang?
  • Batu karang atau kalkuli boleh ditemui di mana saja pada buah pinggang (kidney), saluran di antara buah pinggang dan pundi kencing (ureter) atau pundi kencing (bladder).

jangkitan salur kencing

  • Batu karang biasa ditemui di bahagian atas saluran kencing (buah pinggang dan ureter).

 

  1. Apakah tanda dan gejala batu karang?
  • Rasa sakit yang teramat sangat daripada belakang pinggang dan boleh merebak ke bahagian hadapan perut hingga ke kemaluan
  • Terasa mual-mual
  • Muntah
  • Sakit semasa kencing
  • Kencing berdarah

 

  1. Bagaimanakah mengesan batu karang?
  • Dikesan dengan melakukan X-Ray
  • Ujian Ultrasound

Akan diadakan jika batu karang disyaki tetapi tidak dapat dilihat dengan X-ray.

  • Dengan siri X-ray yang diambil selepas sejenis pewarna disuntik ke dalam badan. Prosedur yang dikenali sebagai Intravenous Pyelogram (IVP) ini digunakan untuk melihat pada paras mana batu karang tersebut berada dan kemungkinan adanya halangan.
  • CT Scan (jika perlu)
  1. Apakah komplikasinya?
  1. Batu karang di buah pinggang atau ureter
  • Batu karang di buah pinggang atau ureterakan menyebabkan halangan. Ini akan mengundang jangkitan kuman pada buah pinggang dan dalam kes yang teruk pembentukan nanah.
  • Jangkitan ini boleh merebak ke dalam darah dan pesakit akan jadi sangat teruk kerana urosepsis.
  • Halangan dan jangkitan yang kronik akan merosakkan buah pinggang dan jika berlaku pada kedua-dua buah pinggang pesakit tersebut akan mengalami kegagalan buah pinggang.
  1. Batu karang di pundi kencing
  • Boleh menyebabkan jangkitan kuman, batu ini boleh menjadi penghalang dengan tersekat pada pangkal pundi kencing
  • Dalam situasi ini, pesakit tersebut akan menghadapi kesukaran membuang air kecil dan terdapat pengumpulan air kencing di dalam pundi kencing
  • Jika ianya berlaku untuk tempoh yang lama tekanan kebelakang mungkin akan memberi kesan kepada ureter dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan buah pinggang.

 

  1. Bagaimanakah rawatan Batu Karang dilakukan?
  • Rawatan batu karang ini bergantung kepada lokasi, saiz dan jenis batu karang.
  1. Extracorporeal Shockwave Lithotripsy (ESWL)
  • pesakit akan baring di atas meja khas dan gelombang yang dikeluarkan oleh sejenis mesin menembusi kulit pesakit dan memecahkan batu itu kepada ketulan-ketulan kecil. Serpihan batu karang akan keluar semasa pesakit kencing.
  • Prosedur ini sesuai untuk batu karang yang kurang dari 2 cm dan kebanyakan batu karang di dalam ureter boleh dilihat dengan X-ray.

 

  1. Percutaneous Nephrolithotomy
  • Dalam prosedur ini doktor akan melakukan hirisan kecil pada belakang pesakit di bahagian buah pinggang untuk membentuk satu laluan bagi memasukkan sejenis alat yang berteleskop. Batu karang dilihat dan dipecahkan dengan sumber kuasa seperti laser, ultrasound atau angin.
  • Di akhir prosedur, pesakit akan ada tiub sementara untuk mengeluarkan air kencing. Prosedur ini dijalankan dengan bius penuh, sesuai untuk batu karang yang lebih besar dari 2 cm dan yang gagal ESWL.

 

  1. Ureteroscopy
  • Prosedur ureteroscopy melibatkan memasukkan sejenis alat melalui urethra, pundi kencing dan ke dalam Batu karang akan dipecahkan, dikeluarkan dan tiub sementara akan dipasang dalam ureter untuk mengeluarkan air kencing. Prosedur ini dilakukan dengan bius penuh dan sesuai untuk batu karang dalam ureter yang besar, tidak dapat dilihat dengan X-ray atau gagal dipecahkan dengan ESWL.

 

  1. Pembedahan Terbuka
  • Ini jarang dilakukan sekarang kerana kebanyakan batu boleh dikeluarkan dengan cara yang lebih mudah. Untuk pesakit yang mempunyai batu karang yang besar, ia masih lagi menjadi pilihan. Kadangkala apabila buah pinggang dengan batu karang ini menjadi berparut dan tidak berfungsi dengan baik, ia akan dikeluarkan. Masih lagi ada peranan pembedahan terbuka untuk membuang batu karang yang besar.

 

  1. Apakah langkah-langkah pencegahan?
  • Setiap pesakit mempunyai risiko untuk pembentukan batu karang yang berulang.
  • Pesakit dinasihatkan untuk meminum sekurang-kurangnya 2-3 liter air untuk memastikan diri mereka cukup air dan mencairkan air kencing mereka
  • Diet yang kaya dengan protein mungkin akan meningkatkan pengeluaran kalsium oxalate dan asid urik dalam air kencing. Pesakit yang mempunyai batu karang jenis asid urik dinasihatkan untuk mengurangkan makanan yang kaya dengan purine seperti daging merah, makanan laut dan alkohol.
  • Makanan seperti coklat, kopi dan bayam kaya dengan oxalate dan patut dikurangkan pengambilannya untuk mereka yang berulangkali membentuk batu karang jenis oxalate
  • Dalam keadaan lain pesakit mungkin perlu mengambil ubat untuk mencegah pembentukan batu karang jenis kalsium dan asid urik. Ubat allupurinol mungkin berguna bagi yang masih mempunyai masalah batu karang jenis asid urik biarpun dengan mengawal makanan.

 

  1. SEMBELIT
  1. Berapakah kekerapan buang air besar yang normal dalam sehari?

Kekerapan membuang air besar sebanyak tiga kali sehari sehingga tiga kali seminggu boleh dikatakan normal. Selain kekerapan, yang lebih penting adalah keupayaan membuang air besar tanpa perlu meneran dengan kuat.   Kekuatan meneran hendaklah sepertimana anda kentut atau membuang air kecil.

  1. Bilakah seseorang dikatakan mengidap sembelit dan apakah gejalanya?

Sembelit adalah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, yang boleh dikaitkan dengan sesuatu penyakit jika berterusan.

Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut:

  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering
  • Perut kembung, kejang atau sakit
  • Kurang selera makan
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak

 

  1. Bagaimanakah sembelit boleh berlaku?

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap. Ini adalah proses normal.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering.

  1. Apakah yang menyebabkan berlakunya sembelit?
  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Kesan sampingan ubat ubatan.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab).

 

  1. Apakah komplikasi jika mengidap sembelit yang berpanjangan?

Sembelit yang berpanjangan dan serius boleh menyebabkan:

  • buasir yang disebabkan oleh tekanan yang tinggi disebabkan aktiviti meneran.
  • buasir yang berterusan boleh menyebabkan sehingga terkeluar dinding hujung usus.
  • koyakan pada kulit di sekeliling dubur (anus) disebabkan oleh najis yang keras dan besar.

 

  1. Apakah rawatan untuk sembelit?
  • Diet: Untuk pencegahan dan rawatan, pastikan kita makan serat dan minum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.
  • Ubat: Najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat menyebabkan najis tidak mampu dikeluarkan secara normal. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur.
  • Jika najis masih gagal dikeluarkan walaupun selepas penggunaan minyak mineral, doktor mungkin akan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

 

  1. Apakah yang boleh dilakukan untuk mencegah sembelit?     

Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:

  • Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
  • Minum banyak air.
  • Lakukan senaman secara berkala.
  • Jangan menahan untuk membuang air besar.
  • Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
  • Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.


  1. RADANG APENDIKS
  1. Apakah Apendiks?

·         Saluran yang kecil seperti cacing bersambung dengan usus besar

·         Lebih tepat, apendiks merupakan saluran tisu sepanjang 3 hingga 4 inci yang bersambung dengan usus besar.

·         Ahli sains tidak pasti apakah fungsi sebenar apendiks di dalam tubuh badan manusia.

 

2.    Di manakah terletaknya Apendiks?

 Apendiks

  • Apendiks terletak di sebelah kanan bawah abdomen.
  • Terletak di antara usus kecil dan usus besar (kolon).
  • Ia adalah satu tiub nipis yang menyerupai kantung sebesar jari.

 

  1. Apakah radang apendiks?
  • Merujuk kepada kebengkakkan atau radang yang menyakitkan pada apendiks.
  • Radang Apendiks adalah salah satu sebab sakit abdomen (perut) yang serius.
  • Oleh kerana saiz yang berbeza-beza dan kedudukanyang berhampiran dengan organ-organ lain, mungkin sukar untuk membezakan apendiks dengan lain-lain penyakit.

 

  1. Siapakah yang mudah mendapat radang apendiks?

Radang apendiks boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, pada sebarang usia tetapi ia paling lazim berlaku di kalangan mereka yang berusia 10 sehingga 30 tahun.

5.    Apakah faktor risiko radang apendiks?

  • Tiada faktor risiko radang apendiks yang terbukti sehingga kini.
  • Terdapat faktor-faktor risiko yang boleh diambil kira antaranya pengambilan diet rendah serat dan tinggi gula, sejarah keluarga dan jangkitan.
  1. Apakah penyebab radang apendiks?

·         Tiada sebab yang jelas untuk radang apendiks.

·         Ketulan najis menyebabkan berlakunya penyumbatan pada bukaan apendiks dan menyebabkan keradangan pada apendiks.

·         Bakteria, virus, kulat dan parasit yang menyebabkan jangkitan sehingga tisu-tisu di dinding apendiks menjadi bengkak.

·         Radang apendiks bukannya penyakit keturunan dan tidak berjangkit daripada seorang ke seorang yang lain.

 “Faecolith” menghalang lumen  Apendiks yang terhalang menyebabkan jangkitan  Bakteria yang akan meningkatkan tekanan
“Faecolith” menghalang lumen Apendiks yang terhalang menyebabkan jangkitan Bakteria yang akan meningkatkan tekanan


  1. Apakah tanda dan gejala bagi radang apendiks?
  • Sakit di perut. Kesakitan mungkin bermula sekitar pusat, sakit semakin kuat dan bergerak ke sebelah kanan bawah. Ini biasanya tanda pertama bagi radang apendiks.
  • Kesakitan tidak akan hilang dan semakin teruk apabila seseorang itu bergerak, berjalan atau batuk.
  • Demam dengan suhu melebihi 38 darjah celcius.
  • Kesukaran untuk kentut.
  • Loya, muntah dan tiada selera untuk makan.
  • Sembelit, sakit belakang dan demam.
  • Merasa tidak sihat dan kesakitan yang sukar untuk digambarkan.

 

  1. Bagaimana radang apendiks dirawat?
  • Pembedahan untuk mengeluarkan apendiks dipanggil appendectomy dan merupakan rawatan biasa untuk radang apendiks.
  • Jangka masa untuk sembuh selepas pembedahan adalah antara 4 hingga 6 minggu.
  • Sepanjang tempoh ini, aktiviti fizikal perlu dihadkan untuk membolehkan tisu sembuh. Untuk mana-mana pembedahan di bahagian abdomen, terdapat risiko komplikasi. Sila berbincang dengan doktor anda.

 Bagaimana radang apendiks dirawat1Bagaimana radang apendiks dirawat2  

  1. Apakah kesan jika kita membuang apendiks?

Satu perkara yang kita tahu ialah kita boleh hidup tanpa apendiks. Tanpa akibat buruk yang jelas.

  1. Apakah komplikasi jika radang apendiks tidak dirawat?
  • Jika tidak dirawat, radang apendiks akan mengalami kebocoran atau pecah. Ini akan menyebabkan cecair yang dijangkiti kuman itu mengalir ke dalam ruang abdomen.

komplikasi jika radang apendiks tidak dirawat

  • Ini akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman yang serius di dalam ruang abdomen, jika tidak dirawat segera akan menyebabkan komplikasi yang boleh membawa kepada kematian.


  1. OVARIAN CYST
  1. What are ovaries?
  • The ovaries are a pair of organs within the female the reproductive system.
  • Found in the pelvis, one on both sides of the uterus.
  • The uterus is the hollow, pear-shaped organ in which a baby grows.
  • Each ovary is about the size and shape of the almond.
  • The ovaries produce eggs and feminine hormones.

ovaries                        www.womenshealth.gov


  1. What are ovarian cysts?

ovarian cysts

  • A cysts are a fluid or semi-solid filled sac.
  • They are able to form anywhere in the body.
  • Ovarian cysts form in or on the ovaries. The most typical type of ovarian cyst is a functional cyst which develops naturally in ovary.

3.What are the signs of ovarian cysts?

  • Most of the time, you won’t even know you have an ovarian cyst.
  • You won’t have any symptoms and it will dissolve on its own within a few weeks or months.
  • However, if the cyst continues growing and doesn’t dissolve you may feel pain or pressure in your lower part of abdomen. Other symptoms may include:
  • Achiness in lower back
  • Problems urinating
  • Pain during sex
  • Weight gain
  • Abnormal bleeding or more pain during your menstrual cycle than normal
  • Nausea and/or vomiting
  • Tenderness in your breasts

 

  1. How are ovarian cysts is diagnosed?
  • It can be accidental findings during a routine pelvic exam.
  • If it is big, the practitioner may feel the swelling of the cyst around the ovary
  • When a ovarian cyst is found, tests are carried out to help plan treatment: include:
  1. An ultrasound.
  2. A pregnancy test. This test might be given to rule out pregnancy.
  3. Hormone level tests. Hormonal levels might be checked to ascertain if there are hormone-related problems

 

5.Does having an ovarian cyst mean I have cancer?

  • Functional cysts are not normally cancerous.
  • Women who are postmenopausal and develop ovarian cysts have a higher risk of cancer.
  • A blood test (CA125) is done to find out if the cyst may be cancerous.
  • The CA-125 test is frequently given to women who:
  1. Are over the age of 35
  2. Are at high-risk for ovarian cancer
  3. Have a ovarian cyst that is partly solid

 

  1. How are ovarian cysts treated?
  • Observation: follow up visit in one to three months. This is because many cysts will disappear on their own and treatment isn’t necessary.
  • If the cyst is still present, has gotten larger or changed shapes, cause long standing pain, treatment options available are:

Surgery– Depending on the size of the cyst, either a laparoscopy (small incision near the naval) or a laparotomy (larger incision in abdomen).

Birth control pills-to prevent you from ovulating since that is when cysts normally form.

 

  1. Is it possible to prevent ovarian cysts?

There is not any way to prevent ovarian cysts.

 

  1. Who is most at risk for getting an ovarian cyst?Cysts most commonly develop during child bearing years, especially functional cysts since they most often occur along side ovulation

 

  1. Is it possible risk of infertility for woman having ovarian cysts?

It is possible as it can impact the ovulation and also the follicular development.

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,441,283

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia