A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kolonoskopi

Kolonoskopi adalah ujian yang dijalankan ke atas pesakit untuk memeriksa usus besar dan sebahagian daripada usus kecil dengan menggunakan tube panjang yang dipasangkan kamera di bahagian hujungnya. Kolonoskopi membolehkan pemeriksaan menyeluruh usus besar serta sebahagian usus kecil yang dilihat secara langsung dengan  tiub yang  dimasukkan melalui dubur pesakit.

kolonoskopi1
Tujuan ujian kolonoskopi adalah untuk mengenalpasti penyakit yang melibatkan usus besar serta usus kecil. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan rawatan seperti pembuangan polip , mengawal pendarahan serta membolehkan mengambil biopsi pada ketumbuhan atau biopsi rambang pada usus besar dan sebahagian usus kecil untuk pemeriksaan histopatologi.Apakah tujuan ujian kolonoskopi?

Siapakah yang perlu menjalani ujian koloskopi?

Pesakit-pesakit yang memerlukan ujian kolonoskopi adalah mereka yang mengalami perubahan ketara kepada tabiat membuang air besar, pendarahan atau keluar lendir semasa membuang air besar, cirit birit yang kronik, sembelit yang kronik, kurang darah yang tidak diketahui puncanya dan pesakit yang mempunyai sejarah barah usus di kalangan ahli keluarga terdekat.

Apakah persiapan sebelum menjalani ujian kolonoskopi?

Sehari sebelum ujian kolonoskopi dijalankan ,pesakit perlu menjalani proses penyediaan usus untuk membersihkan usus dari najis dan membolehkan pemeriksaan usus dibuat dengan jelas. Pesakit dinasihatkan tidak mengambil makanan berserat seperti sayur atau makanan berasaskan protein. Pesakit diberikan ubat larutan sodium phosphate (Fleet) atau larutan macrogol (Fortran) yang diambil mengikut arahan untuk membersihkan usus besar dari najis. Pesakit dikehendaki minum banyak air atau jus buah tanpa serat. Pesakit perlu berpuasa pada hari ujian kolonoskopi dijalankan.

Bagaimanakah kolonoskopi dilakukan?

Pesakit akan diberikan penerangan tentang ujian kolonoskopi dan pesakit mesti menandatangani borang keizinan sebelum kolonoskopi dilakukan. Pesakit dibaringkan disebelah rusuk kiri dengan kedua belah kaki di bengkokkan. Ubat pelali akan diberi sebelum ujian dimulakan dan pemantauan pernafasan serta nadi pesakit dijalankan sepanjang ujian kolonoskopi.

kolonoskopi2

Apakah komplikasi ujian kolonoskopi?

Kolonoskopi adalah ujian yang selamat  dan risiko komplikasinya adalah rendah jika dilakukan oleh pakar gastroenterologi yang berpengalaman. Di antara komplikasi yang boleh terjadi adalah kebocoran pada usus (risikonya adalah rendah iaitu 0.082%) dimana jika kebocoran pada usus berlaku, pesakit mungkin perlu menjalani pembedahan. Kedua adalah pendarahan dan jika ini terjadi pendarahan akan cuba dihentikan semasa ujian kolonoskopi. Komplikasi lain adalah rasa kurang selesa atau sakit disebabkan udara yang dimasukkkan ke dalam usus semasa ujian kolonoskopi. Langkah untuk mengurangkan rasa kurang selasa adalah dengan menyedut keluar udara yang berlebihan dan ubat pelali di beri untuk mengurangkan sakit.

Semakan Akhir : 13 Oktober 2015
Penulis : Dr. Fauziah bt. Jaya
Akreditor : Datuk Dr. Muhammad Radzi b. Abu Hassan

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,884,221

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia