[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/dewasa/lumbar puncture/lumbar puncture.flv[/flv]
Tebukan spinal atau lumbar puncture merupakan satu ujian perubatan yang biasa dilakukan bertujuan mengambil sampel cecair cerebrospinal (cerebrospinal fluid atau CSF) untuk di analisa.
Cecair cerebrospinal adalah cecair yang melindungi otak dan saraf tunjang dari sebarang kecederaan.
Tebukan spinal adalah prosedur di mana jarum spina dimasukkan di antara vertebra lumbar ketiga dan keempat di bahagian bawah tulang belakang.
Semasa prosedur tebukan spinal, pesakit akan baring mengiring ke kiri dengan lutut dirapatkan ke dada atau duduk membongkok. Selepas itu jarum akan dimasukkan kedalam saluran spina – dibahagian bawah tulang belakang.
Bila jarum telah di masukkan kedalam ruang subaraknoid (ruang antara tulang belakang dan selaputnya), tekanannya akan diukur dan cecair diambil untuk diuji.
Tebukan spinal juga dilakukan untuk mencucuk anestetik spina, ubat kemoterapi atau lain-lain ubatan
Maklumat yang dikumpul dari tebukan spinal boleh membantu dalam membuat diagnosa:
- Jangkitan kuman, fungus dan virus yang serius, termasuk meningitis, encefalitis dan siflis
- Kanser yang melibatkan otak dan tulang belakang
- Radang sistem saraf, seperti multiple sclerosis dan sindrom Guillain-Barre (sebutan : gi-lain ba-rey)
|