A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Makan Di Luar

Apakah yang perlu anda lakukan semasa makan di luar?

  • Pilih premis yang bersih.
  • Pilih makanan yang sihat dan selamat.

Apakah premis makanan yang bersih?

Premis-premis makanan yang bersih ialah :

  • Terletak jauh dari kawasan yang kotor yang berhabuk dan tidak terdapat lalat, lipas, tikus dan binatang sesat.
  • Mempunyai kemudahan asas seperti saluran air bersih, elektrik, saliran yang sempurna, tong sampah dan tandas.
  • Mempunyai pengudaraan yang baik dan cahaya yang terang.
  • Menggunakan perkakas atau alatan untuk makan dengan sempurna dan bersih.
  • Mempunyai pekerja yang mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baik.
  • Menutup semua makanan dan menggunakan penyepit makanan serta senduk semasa menghidangkan makanan.

Bagaimana untuk memilih makanan yang selamat?

  • Elakkan memakan makanan yang tercemar yang mengandungi benda asing seperti rambut, kuku, pasir dan batu.
  • Pilih makanan yang tidak berubah pada rasa, bau dan rupa.
  • Pilih makanan yang segar dan baru dimasak.
  • Elakkan mengambil makanan yang “terbakar” (hangus) seperti sate hangus.
  • Pastikan makanan di dalam tin atau yang dibungkus masih dalam keadaan elok.
  • Hadkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi perisa tambahan dan perwarna tiruan.
  • Elakkan makanan yang telah digoreng kembali berulang kali.

Bagaimana untuk memilih makanan sihat semasa makan di luar?

  • Pilih diet seimbang sebagaimana yang disarankan mengikut piramid makanan.
  • Jangan terlebih memesan makanan. Ambil makanan dengan hidangan bersaiz kecil berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien anda.
  • Minta minuman yang kurang gula.
  • Jangan tambahkan garam dan produk yang mengandungi garam (seperti kicap) yang terdapat di atas meja ke dalam makanan.
  • Pesan jus buah yang segar dan bukan minuman berkarbonat.
  • Minta lebihkan sayur-sayuran dalam mi, nasi dan stik.
  • Minta salad dan bukannya kentang goreng apabila memesan makanan segera.
  • Selesaikan makan anda dengan pembasuh mulut (dessert) iaitu salad atau buah-buahan yang segar.
Semakan Akhir : 19 April 2012
Penulis : Jamilah bt. Ahmad
  : Surainee bt. Wahab
  : Azlinda bt. Hamid
  : Munawara bt. Pardi
Penyemak : Pn. Surainee binti Wahab

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,493,883

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia