A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Malaysia pertama guna Rocas...

Malaysia pertama guna Rocas 4800 HPV kesan kanser Berita Harian Jumaat, 24/06/2011

Berita Harian

Jumaat, 24/06/2011

Malaysia pertama guna Rocas 4800 HPV kesan kanser

PETALING JAYA: Malaysia menjadi negara pertama di dunia memperkenalkan kaedah pengesanan Virus Papiloma Manusia (HPV) menggunakan Rocas 4800 HPV yang berfungsi mengesan virus HPV 16 dan 18 penyebab kanser serviks.

Pengesanan menggunakan kaedah konvensional pap smear dilihat kurang efektif kerana hanya mengenal pasti perubahan sel di serviks tanpa mengesan kehadiran virus HPV 16 dan 18 yang bergabung, seterusnya menjadi penyebab 70 peratus kes kanser serviks di negara ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Left Jen Datuk Dr. Abdul Razak Md Yusof, berkata wanita yang dikesan membawa virus HPV mempunyai 35 kali ganda risiko mendapat barah serviks yang menjadi pembunuh wanita kedua terbesar selepas kanser payudara.

"Langkah mengenal pasti kanser serviks pada peringkat awal penting kerana kadar penyembuhan bagi pra-kanser ialah 98 peratus, tetapi apabila sudah menular menjadi kanser, tidak sampai 20 peratus wanita dapat hidup lebih daripada lima tahun.

"Ujian Rocas 4800 HPV bermula di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) di Kuala Lumpur yang menjadi inisiatif baru dalam mencegah serta membendung penularan kanser serviks dan kami menyeru pelbagai pihak menggunakan teknologi ini," katanya.

Rocas 4800 HPV atau Ujian HPV Roche kini boleh didapati menerusi beberapa rangkaian makmal seperti Clinipath, Lablink, Biolife Lab dan Pusat Perubatan Prince Court sebelum diperluaskan ke seluruh negara. Kemudahan pengesanan terbaru ini dikenakan caj RM200 hingga RM250 bagi setiap ujian.

Abdul Razak berkata, kanser serviks meragut nyawa lebih daripada 600 wanita setiap tahun di Malaysia.

Sementara itu, Ketua dan Pakar Runding Patologi HATTM, Kol Dr Kunaseegaran Ragavanaidu (kanan), berkata berbanding ujian pap smear biasa, kaedah Rocas 4800 HPV dapat menjimatkan masa kerana dapat mengesan virus penyebab kanser lebih awal.

"Rocas 4800 HPV hasil pembangunan Roche Diagnostics satu lembaran baru kepada pakar penjagaan kesihatan untuk menilai risiko pesakit kanser serviks," katanya.

 

  {module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

O

Tiada Video

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,664,708

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia