A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Panduan Hubungan dengan Rakan Sebaya

Pengenalan

  • Membesar adalah satu cabaran.
  • Berkawan dan mengendalikan tekanan rakan-rakan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran diri, sosial dan komunikasi remaja.
  • Remaja menghabiskan lebih banyak masa dengan rakan-rakan berbanding ibubapa.
  • Zaman remaja adalah menyeronokkan terutama apabila melaluinya bersama rakan-rakan.
  • Namun, kehidupan remaja boleh juga menjadi kehidupan yang sepi. Salah memilih kawan atau pengaruh kawan yang negatif boleh merosakkan remaja.
  • Oleh itu, berhati-hatilah memilih rakan dan binalah hubungan yang sihat dengan rakan-rakan anda.

Fakta

Kajian menunjukkan bahawa mempunyai rakan-rakan yang positif dan pencapaian tinggi mempunyai kesan positif ke atas kepuasan remaja di sekolah, kemajuan pendidikan, gred buku rekod, dan skor ujian pencapaian (Epstein, 1983). Di Kanada, 80% daripada graduan daripada sekolah menengah yang mempunyai kawan-kawan yang percaya menamatkan pendidikan sekolah menengah adalah penting (Statistik Kanada, 1993). Pelajar dengan rakan-rakan yang suka ke sekolah, mempunyai gred yang baik dan lebih cenderung untuk menamatkan sekolah menengah (Ekstrom et al 1986). Oleh itu, mempunyai rakan-rakan yang percaya pencapaian akademik adalah penting memang bermanfaat untuk remaja.

Panduan untuk Remaja

Bagaimana saya boleh membina hubungan dengan rakan sebaya?

  • Sayangi dan hormati diri anda sendiri.
  • Berbuat baik dengan orang lain.
  • Senyum dan merendah diri.
  • Ambil tahu tentang hidup dan aktiviti kawan-kawan anda.
  • Jadilah seorang pendengar yang baik.
  • Kongsi minat, cita-cita atau aspirasi anda dengan mereka.
  • Paling utama, berhati-hati memilih rakan. Berkawanlah dengan mereka yang boleh memberi pengaruh positif kepada anda.
  • Pilih rakan-rakan yang tidak terlibat dalam tingkah-laku yang berisiko atau aktiviti negatif seperti merokok, mengambil dadah, alkohol, lumba haram, perjudian, hubungan seks sebelum kahwin dan lain-lain.
  • Tetapkan matlamat hidup anda. Berusaha untuk memperoleh seberapa banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan.
  • Pilih rakan-rakan yang boleh menyokong anda daripada aspek akademik, emosi, sosial dan rohani. Jadilah seorang yang sederhana dan seimbang dalam semua perkara.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya anda boleh berasa baik tentang diri sendiri dan mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan rakan sebaya.
  • Perkenalkan rakan sebaya dengan keluarga anda. Ahli keluarga boleh membantu dan menyokong anda untuk membina hubungan dengan rakan-rakan anda juga.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat dengan rakan-rakan anda seperti aktiviti dalam bidang sukan, muzik, seni, membaca, menunggang, belajar, menonton filem-filem yang baik bersama-sama.
  • Elakkan berkawan dengan rakan-rakan yang negatif, bertegas dan mengatakan TIDAK kepada tekanan rakan sebaya yang negatif (rujuk kemahiran asertif).
  • Berkawanlah dengan rakan sebaya yang mempunyai minat yang sama dengan anda dan libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat dan produktif.
  • Libatkan diri dengan aktiviti masyarakat, badan-badan sukarela atau pertubuhan bukan kerajaan. Kemuningkinan besar anda akan bertemu rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama dengan anda. Contohnya Girls Guide, Pengakap, Kadet, Junior Mercy, Rakan Muda, PROSTAR dan Doktor Muda.
  • Jika anda seorang pelajar, beri keutamaan anda dengan betul. Pilih rakan yang mempunyai minat yang sama, beri tumpuan dalam pelajaran, tingkatkan kemampuan dan kemahiran anda. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang produktif dan jadikan KEJAYAAN sebagai MATLAMAT DALAM HIDUP.
  • Anda boleh melakukannya, SELAMAT BERJAYA!
Semakan Akhir : 06 Januari 2014
Penulis : Dr. Nik Rubiah bt. Nik Abdul Rashid

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,574,868

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia