A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Dewasa
  6. /
  7. Pengambilan Alkohol Semasa Hamil

Pengambilan Alkohol Semasa Hamil

Pengenalan

Pengambilan minuman beralkohol semasa mengandung boleh menjejaskan perkembangan janin di mana alkohol boleh mengganggu perkembangan otak dan melambatkan pertumbuhan  fizikal janin. Kebiasaannya, bayi yang dilahirkan mempunyai masalah kurang berat semasa  lahir (Berat lahir < 2.5kg).

Bayi yang dilahirkan juga mempunyai kecacatan serius dan kekal.  Kesan pengambilan alkohol semasa mengandung kepada bayi ialah mengalami masalah fizikal dan tingkah laku semenjak lahir dan di sepanjang zaman kanak-kanak mereka. Keadaan ini lebih dikenali sebagai “Foetal Alcohol Spectrum Disorder (FASD)” atau Gangguan Spektrum Bayi yang Disebabkan oleh Alkohol (Peadon et al, 2007).

Apakah Gangguan Spektrum Bayi Yang Disebabkan Oleh Alkohol atau “Foetal Alcohol Spectrum Diso rder (FASD)”?

Alkohol yang masuk ke dalam janin  melalui plasenta dan janin yang terdedah kepada alkohol boleh mengakibatkan pelbagai gangguan dan kesan tidak baik yang dipanggil “FASD” (O’Leary, 2004). “FASD” diterjemahkan sebagai kesan kepada pengambilan atau pendedahan terhadap alkohol yang tinggi semasa mengandung (Jones et al, 1973, Astley & Clarren, 2000, Hoyme et al, 2005). Simptom-simptom masalah ini adalah kecacatan atau pembentukan yang tidak sempurna pada bahagian muka di samping pelbagai kecacatan yang lain, kegagalan pada tumbesaran dan gangguan pada fungsi atau struktur sistem saraf pusat. Walau bagaimanapun, tahap keterukan/ kecacatan ini adalah berbeza mengikut tahap pendedahan janin terhadap alkohol seperti corak pengambilan alkohol (kekerapan dan jumlah setiap kali minum minuman beralkohol), faktor usia kandungan, tempoh pengambilan alkohol, tahap sosio-ekonomi, bangsa, perbezaan genetik dan pengambilan pelbagai ubat (O’Leary, 2004).

Masalah lain FASD  termasuk masalah  pertumbuhan, tingkah laku dan masalah kognitif semasa tumbesaran kanak-kanak tersebut (Hoyme et al 2005, Astley & Clarren, 2000). Masalah FASD akan berlaku untuk jangka masa yang panjang seperti kesukaran dan gangguan dalam pembelajaran, meningkatnya risiko penyakit mental, dadah dan masalah alkohol serta undang-undang (Streissguth et al, 2004).

Adakah Terdapat Sukatan Pengambilan Alkohol Yang Dibenarkan Semasa Hamil?

Ketika ini, masih tidak dapat dipastikan berapa banyak alkohol yang selamat untuk diminum dan kekerapan pengambilan yang tidak menjejaskan kehamilan oleh seorang wanita yang sedang mengandung. Oleh sebab itu, disarankan agar sebaiknya si ibu  tidak mengambil minuman beralkohol sepanjang tempoh kehamilan bagi mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini (Henderson et al, 2007).

Selain itu juga, adalah disarankan untuk tidak mengambil minuman beralkohol bagi wanita yang merancang untuk mengandung.

Adakah Selamat Untuk Meneruskan Kehamilan Sekiranya Telah Minum Minuman Beralkohol Sebelum Mengetahui Tentang Kehamilan?

Terdapat keadaan di mana para ibu hanya mengetahui tentang kehamilan mereka setelah usia kandungan mencapai beberapa minggu dan semasa peringkat awal kehamilan telah mengambil minuman beralkohol, tetapi masih melahirkan bayi yang sihat dan sempurna.

Seperti yang dinyatakan, kesan “FASD” berbeza mengikut beberapa faktor pendedahan janin terhadap alkohol. Jika keadaan seperti ini berlaku, dinasihatkan untuk para ibu tersebut, dengan serta-merta berhenti mengambil minuman beralkohol sekiranya telah mengetahui dia sedang mengandung.

 

Rujukan:
Astley SJ & Clarren SK (2000). Diagnosing the full spectrum of fetal alcohol-exposed individuals: introducing the 4-digit diagnostic code. Alcohol 35(4):400-10.

Henderson J, Gary R, Brocklehurst P (2007). Systematic  review of effects of low-moderate prenatal alcohol exposure on pregnancy outcome. BJOG 114: 243-52.

Hoyme HE, May PA, Kalberg WO et al (2005). A practical clinical approach to diagnosis of fetal spectrum disorders: clarification of the 1996 Institute of Medicine criteria. Pediatrics 115:39-47.

Jones KL, Smith DW, Ulleland CN et al (1973). Pattern of malformation in offspring of chronic alcoholic mothers, Lancet 1:1267-71.

Mariscal M, Palma S, Llorca J et al (2006). Pattern of alcohol consumption during pregnancy and risk for low birth weight. Ann Epidemiol 16:432-38.

Peadon E, Payne J, Henley N et al (2007). Alcohol and Pregnancy:Australian women’s knowledge, attitudes and practice. Abstracts of the Paediatrics and Child Health Division, RACP Annual Scientific Meeting, May 2007. J Paediatric Child Health 43(7-8):A1-A22.

Semakan akhir : 27 Januari 2012
Penulis : Azlinda bt. Hamid

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,441

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia