A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Pn. Athirah Bt. Mustaffar...

Pn. Athirah Bt. Mustaffar Kamar

Cik Athirah Binti Mustaffar Kamar telah berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2010. Beliau kini berkhidmat di Unit Psikologi Kaunseling Hospital Serdang. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat di Hospital Teluk Intan, Hospital Rehabilitasi Cheras dan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu dalam bidang Psikologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau kemudian menyambung pelajaran di peringkat Sarjana pada tahun 2014 – 2016 dalam bidang Psikologi Perkembangan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tugas hakiki beliau sebagai Pegawai Psikologi meliputi pengendalian aplikasi psikologi dalam menjalankan intervensi, pembangunan personel, menjalankan penilaian psikologi serta dalam bidang penyelidikan.

Pengalaman:

  1. Mengendalikan sesi penilaian dan intervensi untuk pesakit yang memerlukan rawatan psikologi kaunseling
  2. Penglibatan dalam pembentukan SOP Pegawai Psikologi, Modul Buku Log Pegawai Psikologi
  3. Penglibatan sebagai penulis bersama bagi buku Bagaimana Mempengaruhi Orang Lain di Hospital Rehabilitasi Cheras
  4. Penglibatan sebagai penulis bersama bagi buku Pengurusan Krisis Catatan Pengalaman MH370 & MH17 keluaran Persatuan Profesion Psikologi KKM dan pegawai Psikologi KKM
  5. Penglibatan sebagai Jawatankuasa Induk bagi program-program anjuran Profesion Pegawai Psikologi KKM iaitu Seminar New Generation 2013, SPIKE 2016, Seminar Ketagihan 2017
  6. Terlibat dalam sesi Intervensi Psychological First Aid bagi Kejadian Bencana MH 17 & MH 370

Artikel Berkaitan

Peritoneal Dialisis

Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv] Download:

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,494,526

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia