A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Rawatan Salur Akar

Rawatan Salur Akar

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

Trauma dan karies gigi kadangkala tidak menunjukkan kesan luaran pada gigi. Namun ia boleh mengakibatkan keradangan pulpa dan kematian pulpa kerana bekalan darah kepada gigi terganggu.

Kerosakan atau kematian pulpa gigi kadangkala tidak memberi kesakitan, dan gambar X-ray diperlukan untuk mengenali sebarang patologi pada akar gigi atau ditulang sekitar hujung gigi.

Jika dibiarkan, kematiaan pulpa akan mengakibatkan infeksi di bahagian hujung akar. Infeksi ini boleh bernanah dan merebak ke bahagian dalam gigi dan luaran gigi serta memberi kesakitan.
Rawatan salur akar adalah sejenis rawatan untuk membersih dan menampal ruang dalam gigi yang terinfeksi. Dengan cara ini, gigi boleh dikekalkan untuk berfungsi.

Rawatan salur akar dimulakan dengan membuat satu kebukan di gigi untuk mendedahkan bahagian pulpa yang telah rosak.

Seterusnya, saluran pulpa dibersihkan dengan menggunakan alat kikir endodontik serta larutan sodium hipoklorida. Prosedur ini perlu dilakukan beberapa kali untuk memastikan saluran akar benar-benar bebas dari tanda dan gejala seperti infeksi.
Kemudian, saluran akar dikeringkan dan ditampal dengan bahan tampalan salur akar. Akhir sekali, kebukan gigi ditutup dengan tampalan sewarna untuk memberi perlindungan tambahan.
Melalui rawatan salur akar, tulang sekitar hujung akar gigi akan sembuh dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dan gigi akan kembali berfungsi sepenuhnya.

R
Radang Tonsil Rawatan Jambatan
Rawatan Karies Gigi
Rawatan Penskaleran
Rawatan Salur Akar
Resdung

 

Artikel Berkaitan

Alahan

Soalan 1 Di manakah saya boleh mendapatkan ujian alahan untuk

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,754

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia