A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Serangan Asma Serta Fakta...

Serangan Asma Serta Fakta & Mitos Berkaitan Asma

Apakah gejala atau simptom asma?

Simptom asma termasuklah:

  • Sesak nafas
  • Ketat dada
  • Berbunyi semasa menghembus nafas (berdehit)
  • Batuk, terutamanya pada waktu malam


www.alnoum.com

Tanda-tanda amaran serangan asma akut  adalah:

  • Batuk tidak berhenti terutamanya pada waktu malam
  • Perlu menggunakan ubat sedutan pelega
  • Mudah sesak nafas
  • Fungsi paru-paru menurun jika di ukur

Dapatkan rawatan segera di pusat kesihatan terdekat jika:

  • Ini adalah “serangan asma pertama”, dan anda sihat sebelum ini
  • Ubat pelega tidak berkesan dalam masa 20 minit

Tanda-tanda KECEMASAN yang perlu perhatian SEGERA:

  • Jika anda tidak boleh bercakap
  • Bibir atau kulit menjadi kebiruan
  • Tulang rusuk kelihatan “disedut” ke dalam semasa menarik nafas (“chest retraction”)
  • Letih atau tidak bermaya (“lethargy”)

Ini adalah Tanda-tanda di atas menunjukkan paras oksigen yang rendah dalam darah

INGAT!  PENTING untuk mengenalpasti faktor-faktor yang boleh mencetus serangan asma akut supaya anda dapat MENGHINDARINYA

           

MITOS DAN FAKTA

MITOS 

Asma adalah penyakit berjangkit

 

FAKTA

Asma bukanlah penyakit berjangkit .Ia adalah sejenis penyakit di mana terdapat radang di saluran pernafasan menyebabkannya menjadi sempit dan sensitif terhadap faktor-faktor pencetus di persekitaran

 

MITOS 

Penyakit asma boleh sembuh

FAKTA

Secara umumnya asma tidak boleh sembuh TETAPI ia boleh dikawal sepenuhnya dengan rawatan yang tepat.

 

MITOS 

Pesakit asma tidak boleh bersenam

FAKTA

Senaman adalah penting untuk semua orang. Dengan kawalan yang baik pesakit boleh melakukan senaman biasa dan berat. Walau bagaimanapun, pesakit asma perlu memanaskan dan menyejukkan badan setiap kali sesi senaman.

 

MITOS 

Penyakit asma tidak serius dan tidak boleh membawa maut

FAKTA

Ini adalah salah sama sekali. Asma yang Serangan asma akut boleh menyebabkan kematian, Terutamanya jika asma tidak terkawal sepenuhnya. Ini adalah tragedi yang boleh dielakkan dengan sempurna, Jika mendapat serangan akut boleh berakhir dengan tragedi kematian rawatan yang cepat dan tepat.

 

MITOS 

Seseorang pesakit asma boleh ketagih dengan ubat sedutan (inhalers)

FAKTA

Ubat sedutan adalah tunggak utama rawatan penyakit asma dan ia sama sekali TIDAK menyebabkan ketagihan tidak berlaku.

 

MITOS 

Rawatan secara oral (tablet atau sirap ) adalah lebih baik dari ubat sedutan

FAKTA

Rawatan secara sedutan menyebabkan ubat terus Tunggak rawatan asma adalah dengan inhaler kerana ia terus diserap ke saluran pernafasan. untuk merawat radang secara langsung. Ubatan secara oral boleh memberi kesan sampingan lebihyang ketara kerana ia perlu diserap ke dalam darah sebelum dialirkan ke paru-paru dan saluran pernafasan

MITOS 

Ubat sedutan asma mengandungi steroid yang kuat dan hanya diberikan kepada pesakit asma yang teruk

FAKTA

Steroid melalui alat sedutan diberikan untuk mengawal asma walaupun diperingkat tidak awal / kurang teruk

 

 

 

Last Reviewed : 12 November 2014
Writer : Dr. Norhaya bt. Mohd Razali
Accreditor : Dr. Mariana bt. Daud

 

Artikel Berkaitan

C

Cara Mandikan Bayi Cara Memberus Pendakap Gigi Cara Simpan Ubat

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,473,445

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia