A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Rekod Perubatan
  6. /
  7. Tatacara Penubuhan Lembaga Perubatan...

Tatacara Penubuhan Lembaga Perubatan Di Hospital-Hospital KKM

Pengenalan

Lembaga Perubatan adalah satu jawatankuasa yang ditubuhkan dan dilantik oleh Pengarah Kesihatan Negeri/Pengarah Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan tertentu.

Semua permohonan penubuhan Lembaga Perubatan mestilah melalui Jabatan Kesihatan Negeri/Hospital Kuala Lumpur. Permohonan untuk kemungkinan membersarakan pegawai kerajaan atas sebab-sebab kesihatan hendaklah menggunakan format Lampiran A didalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.10/1995 dan dihantar lengkap dengan salinan dokumen-dokumen seperti yang dikehendaki di dalam borang tersebut manakala permohonan untuk sebab-sebab lain hendaklah dibuat secara bertulis mengikut keperluan masing-masing.

Pesakit perlu hadir pada hari Lembaga Perubatan bersidang. Walaubagaimanapun bagi kes-kes tertentu, Lembaga boleh mengecualikan pesakit untuk hadir. Jika maklumat tambahan diperlukan, ahli Lembaga Perubatan boleh dapatkan daripada pegawai perubatan yang pernah merawat pesakit/majikan/ahli keluarga/pegawai perubatan swasta. Keputusan Lembaga Perubatan akan dikeluarkan dalam tempoh 6 minggu dari tarikh penerimaan permohonan lengkap.

Tujuan Penubuhan Lembaga Perubatan

  1. Apabila seseorang pegawai didapati masih tidak sihat setelah menghabiskan semua cuti-cuti sakit biasanya.
  2. Apabila seorang pegawai perubatan berpendapat bahawa tiada harapan untuk pegawai menjadi sihat untuk bertugas.
  3. Apabila pada tiap-tiap tahun selama 3 tahun berturut-turut pegawai itu telah bercuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih.
  4. Apabila kesiuman otak atau kesihatan pegawai diragui.
  5. Apabila pegawai telah tercedera/mengalami penyakit khidmat semasa bertugas (bagi tujuan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Bagi Anggota Perkhidmatan Awam).
  6. Apabila pegawai disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah.
  7. Apabila pegawai atau keluarganya perlu diperiksa untuk mendapatkan rawatan luar Negara kerana tiada rawatan sedemikian di negeri ini.
  8. Lain-lain keadaan seperti atas arahan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Contoh seperti urusan pembelian alat perubatan dan saraan ubat-ubatan.

Ahli Lembaga

Ahli-ahli Lembaga Perubatan hendaklah dianggotai tidak kurang daripada dua (2) orang pegawai perubatan yang mana salah seorang daripadanya hendaklah merupakan pakar dalam jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pegawai yang diperiksa.

Pengerusi Lembaga Perubatan adalah Pengarah Hospital atau Timbalan Pengarah Hospital atau Ketua Jabatan. Lembaga Perubatan boleh bersidang sekiranya terdapat hanya Pengerusi dan seorang ahli yang menganggotai Lembaga Perubatan tersebut.

Lembaga Perubatan yang ditubuhkan tidak boleh dianggotai oleh mana-mana pegawai perubatan yang pernah merawat pegawai yang akan diperiksa.

Bayaran Lembaga Perubatan

Jumlah bayaran Lembaga Perubatan adalah berdasarkan Akta Fi (Perubatan) (Pindaan) 2003 iaitu RM200.00. Bayaran bolehlah dibuat secara pos atau datang sendiri ke hospital dimana Lembaga Perubatan ditubuhkan. Bagi bayaran melalui pos bolehlah dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri atau Hospital Kuala Lumpur dengan menggunakan cek/wang pos/kiriman wang atas nama Pengarah Hospital dimana Lembaga Perubatan ditubuhkan.

Jika bayaran dibuat secara terus di hospital dimana Lembaga Perubatan ditubuhkan samada bayaran secara tunai/cek/wang pos/kiriman wang maka salinan resit hendaklah dikemukakan oleh pemohon ke Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri/Hospital Kuala Lumpur sebagai bukti pembayaran.

Rujukan

Akta/Perintah Am Dan Pekeliling

1. Akta pencen 1980 (Akta 227), Seksyen 10(5)(a) Persaraan Atas Sebab Kesihatan.

2. Perintah Am Bab C
• Cuti Sakit, Perenggan 18 – Cuti sakit melebihi 45 hari setahun.
• Cuti Lanjutan, perenggan 22 (a) Masa Rehat tidak melebihi 3 bulan.
• Cuti kecederaan, perenggan 28 Kuasa Tertentu meluluskan cuti kecederaan.

3. Perintah Am Bab F (III) – Lembaga Perubatan.

4. Perintah Am Bab F (I) – Rawatan Perubatan Untuk Pegawai-pegawai.

5. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10, Tahun 1995 – Prosedur Membersarakan Pegawai Atas Sebab Kesihatan.

6. Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Bagi Anggota Perkhidmatan Awam.

7. Akta Fi 1951 – Perintah Fi (Perubatan)(pindaan) 2003.

8. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 23 Tahun 2007 – Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam.

9. Peraturan 49 – Peraturan-peraturan Pegawai Awam 2005 – Ditamatkan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam.

Semakan Akhir : 27 Mac 2017
Penulis : Pn. Kamariah Bt. Ibrahim
Akreditor : Pn. Siti Ajar Binti Baharim

Artikel Berkaitan

Senaman Posnatal – Fisioterapi

Posnatal atau pospartum adalah tempoh 42 hari yang pertama selepas kelahiran bayi. Dalam tempoh masa posnatal ini, para ibu digalakkan untuk lebih banyak bergerak bagi membantu tubuh badan kembali kepada keadaan “normal”.

MODALITI PEMERIKSAAN KHAS

Modaliti pemeriksaan merupakan peralatan pengimejan yang terdapat di Jabatan Pengimejan Diagnostik yang membolehkan pelbagai perkhidmatan disediakan seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI), CT Scan, Angiografi dan sebagainya.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,811

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia